Tuesday, December 16, 2008

sekitar kenduri d perlis

ada beberapa fakta menarik yg hendak aku kongsi gan korang...
fakta ttg majlis kenduri kahwin d negari perlis am nya, d Kg Balek Guar khasnya....
fakta ini mungkin tidak berguna pd sesiapa yg hendak membuat tesis Ph.D mereka..
tp amat2 bermakna kpd mereka yg tidak pernah ke perlis
utk hadir mana2 majlis kenduri kahwin....Hot

---------------------------------------------------------------------

1) kenduri sekurang2nya akan berlansung selama 3 hari n hampir 3 mlm....keadaan ini berlaku kerana...sehari sblm kenduri...org2 kampung akan dtg utk kerja2 spt memasang khemah...potong bawang....buat kuih muih....jd tuan rumah akan menyediakan makanan tgh ari dan juga mlm..sehari selepas kenduri pula penting utk org2 kg yg dtg membantu mengira pingan mangkuk dan menurunkan khemah Wink


2) antara menu sewaktu kenduri sblm kenduri dan kenduri selepas kenduri....serta hari kenduri itu sendiri adalah spt gulai batang pisang, gulai rebung, kerabu perut+batang pisang, pajeri, ikan masin goreng, gulai nangka, ulam2an kampung serta sambal belacan Kiss


3) nasik sewaktu kenduri akan d kukus...bkn d tanak spt biasa ThumbsUp


4) sehari sblm kenduri..biasanya awal2 pagi...sekumpulan lelaki akan kuwar mencari batang pisang.....Heart


5) memandangkan kenduri akan melibatkan kos yg besar.....adik beradik org yg hendak membuat kenduri akan mengamalkan tolong menolong dr segi sumbangan ikhlas...antaranya..ada yg taja beras...gula...dsbnya Frown


6) menu kenduri biasanya x banyak...hanya 3 jenis..atau 4 maksimum...tp akan d masak dgn kuantiti yg banyak....Grin


7) tujuaan d masak dgn jumlah yg banyak kerana akan d bedak2 kpd org2 kampung yg dtg..terutamanya yg menolong sepanjang majlis berlangsung StickingOutTongue


8) Org yg dtg berkunjung biasanya bermula dr pukul 11.30 pagi...sehingga lah ke mlm...LipsareSealed


9) mlm kenduri kdg kala terisi dgn aktiviti spt menonton wayang kulit (cd) atau wrastling ..mahupun bola sepak....Smile


10) menu kenduri d sini antara yg paling ngetopssss yg penah aku rasa sepanjang aku menghadiri kenduri....ThumbsUp


sekian.....

-------------------------------------------------------------------------------

kat bwh ni...aku hidangkan kpd korang gambar2 menarik sepanjang majlis kenduri sepupu aku tuh.....
















OH HATI--> penat tp berbaloi gitew
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

7 comments:

@LiYaNNuaR ツ said...

gulai rebungggg??? my peberet, ok... adehhh... adehhh... sgt merindukan masakan itewww...

psssst.. tulun masakan... then pos ke mari, buleh??? hohoho

cikpuanpijan said...

kau kijam.....meleleh air liur aku....seb baik dah tak mengandung..harus aku pergi kampung laki ko cari sapa2 ada buat kenduri....

Rozita said...

ye..aku lah orang nya yang tak pernah sampai ke Perlis..
mmg meriah suasana kenduri kendara di sana..
skrg ramai yg dah pakai kontrak, nak senang..mana ada mesra masyarakat lagi..???

shida said...

best nyer kenduri sana....teringin nak merasa

INTAN said...

liya--> aku masak?....kui2..dlm mimpi boleh lew...aku ni tangan bangku gitew...

pjan--> maaf kerana berlaku kijam...ahaks....tp mmg ngetops le....

kak ita--> meriah amat kak...x penah sy jumpa situasi sebegitew..maksudnya situasi permuafakatan tuh....

ainal--> mmg best....tgu sok2 anak aku kwin kot le buat kat sana....ahaks

Mak Su said...

bedak? wayang kulit? wrestling? tomoi ada tak?
tq dgn maklumat ni.. maksu tak pernah sampai ke perlis, paling jauh pun setakat perak jer :(

Anonymous said...

Bestnya....makan masakan kampung ni... kak tie pulak yang terliur sorang2!!