E-mail pertama
assalamualaikum puan,
apa khabar?
saya salah seorang pelajar DPLI 2008 ingin mengetahui status posting kami memandangkan sekarang ini sudahpun pertengahan bulan November.
sekian, terima kasih.
jawapan dr aku
Waalaikumsalam
Menjawab soalan mengenail posting bagi pelajar DPLI sukacita ingin saya maklumkan bahawa pihak PP*P
telah menghantar segala maklumat dan dokumen yang berkenaan
kepada pihak Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Penempatan Guru
di Kementerian *tutttttttttttttt* (terpaksa aku rahsiakan atas sbb keselamatan)
Segala urusan mengenai posting tidak lagi menjadi tanggungjawab
pihak PP*P kerana ia diuruskan oleh KPT
segala kemusyilan mengenai posting boleh lah menghubungi pihak KPT
sekian, terima kasih
aku terima email seorang pelajar Diploma beberapa minggu lepas...
aku jwp dgn penuh berhemah, penuh ciri2 perempuan melayu terakhir...
wpun aku bukan pegawai bertanggungjawab utk perkara2 akademik,
tp tidak bermakna aku tidak ambil tahu....
jadi aku menjawap atas dasar ingin membantu...bantu apa saja yg mampu
aku bantu....(dah mcm MERCY malaysia plak aku rasa...)
--------------------------------------------------------------------------------------
email kedua
Puan,
sebenarnya DPLI U*M di bawah KPT atau KPM?
semasa taklimat akhir kami pada 11/10/2008 bersama Dr. Hashim baru-baru ini, beliau memberitahu kami DPLI U*M adalah di bawah KPM Bahagian Sumber Manusia.
Tetapi apa yang puan nyatakan adalah sebaliknya.
Minta penjelasan yang sebenar kerana kami khuatir kami akan diabaikan begitu saja.
sekian, terima kasih.
jawapan aku
Salam
Setelah menyemak dengan pihak yang berkenaan yang menguruskannya
ingin saya membuat pembetulan kerana DPLI adalah di bawah KPM
Ayat terdahulu (saya menulis KPT) dari pihak saya adalah suatu kesilapan
yang tidak disengajakan
Jadi, sebarang isu selepas ini boleh lah di semak dengan pihak KPM
Biasanya borang akan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia
yang kemudianya bahagian tersebut akan foward borang2 dan maklumat
berkenaan kepada bahagian Penempatan Guru yang akan menguruskan
soal-soal penempatan
Sekian, harap membantu
mmg aku silap....sbb aku kompius amat.....aku x pasti DPLI kami ni..
under KPT ke KPM....aku ingatkan KPT..sbb pengajian tinggi...
sbb tu aku tulis KPT.....bila dh dpt clarification, aku betulkan fakta....
-----------------------------------------------------------------------------------
email ketiga
salam...
puan,
saya ingin bertanya kerana jika dilihat pada kenyataan puan yang terdahulu, puan mengatakan yang maklumat kami telah dihantar ke BSM, KPT, tetapi sekarang puan menyatakan bahawa telah berlaku kesilapan. oleh itu, apa yang saya ingin kepastian adalah, adakah betul maklumat kami telah dihantar ke tempat yang salah (BSM, KPT) dan jika ada kesilapan seperti yang puan maklumkan kepada saya dalam email yang lepas, adakah maklumat kami telah dihantar ke saluran yang betul (BSM, KPM)?
harap puan faham apa yang saya maksudkan kerana saya bimbang pengakuan daripada pihak puan hanya sekadar melepas batuk di tangga dan hanya untuk menyedapkan hati saya sahaja kerana saya benar-benar berharap agar semuanya selamat sejahtera.
sekian, terima kasih.
jawapan aku
saya lebih selesa jika anda menelefon terus ke talian saya berbanding perbualan melalui email sebegini
kerana masalah 'miss communication' akan berlaku.
Maksud KESILAPAN pada email saya terdahulu adalah kesilapan saya memaklumkan kepada anda
KESILAPAN saya menaip KPT rather than KPM....itu maksud saya....
Kami manghantar dokumen kepada pihak berkenaan base on surat dari Pihak Kementerian (KPM)
Sebelum mendapat surat, kami juga telah menghantar secara softcopy kepada mereka (seperti yang mereka minta sebelum itu)
Maksudnya disini penghantaran maklumat pelajar DPLI telah dilakukan dalam 2 bentuk
softcopy dan hardcopy
jadi masalah MELEPASKAN BATUK DI TANGGA tidak wujud disini. Sila jaga tatabahasa anda
dan memilih perbendaharaan kata yang betul untuk menggambarkan perasaan anda. Anda adalah
bakal seorang guru pada masa akan datang, ayat anda menggambarkan sikap sebenar anda.
Adalah memalukan seorang guru produk U*M mempunyai sikap seperti anda
Saya nasihatkan anda menelefon saya jika masih tidak berpuas hati. Hakikatnya saya bukan lah pegawai in charge (kerana saya tidak terlibat secara
langsung dengan akademik) dan masih mahu melayani pertanyaan anda atas dasar ingin membantu, tapi sebaliknya saya dituduh sedemikian rupa
Talian terus saya seperti tertera di bawah
sekian, terima kasih
aku dah jadi amat marah....hampir2 manjadi incredible Hulk....
rasa nk tinju je muka budak tu....ada ke tuduh aku mcm tu.....kata aku melepaskan batuk d tanga....well well west.....mmg skrg aku batuk......batuk berkahak OK...
tp jangan tuduh aku melepaskannya sewenang2nya d tangga.....kalau betoi pun aku nk lepaskan d tangga....aku punya suka le kan..tangga aku..bkn tangga dia....
aku jadi amat marah...hampir2 mengeluarkan api melalui idung...
aku bencik org pertikai kerja aku...tambah2 klu kerja tersebut telah d buat...
d buat dgn teliti..jangan simply menuduhnya....tuduhan itu berat...
ada unsur pitnah d situ....
----------------------------------------------------------------------------------------
email keempat
Salam...
Puan,
terima kasih di atas maklumat yang diberi. minta maaf sekiranya puan terasa...saya hanya inginkan kepastian sahaja kerana saya bimbang nasib saya ini, maklumkan ada mulut-mulut yang wajib disuap dan hutang yang wajib dibayar setiap bulan, kalau saya tiada pendapatan lagi dalam bulan januari nanti alamat habislah saya, harap puan faham ya, saya bukan berniat untuk melukakan hati puan.
terima kasih sekali lagi kerana memberi perhatian kepada saya. Minta maaf juga kerana saya tidak dapat menghubungi puan melalui telefon atas sebab kewangan.
Sekian, terima kasih.
jawapan aku
Sesiapa pun yang berada di tempat saya pasti akan merasai perkara yang sama
But it's ok.....kejadian telah berlaku
Buat pengetahuan, saya sudah menghubungi pegawai bertanggungjawab di KPM
Maklumat pelajar DPLI dari USM telah lama mereka terima, tiada sebarang masalah.
Katanya soal penempatan akan di uruskan oleh pihak mereka.
Makluman akan di berikan melalui surat. Bila, saya tidak pasti kerana itu bukan urusan saya
Sekian, terima kasih
------------------------------------------------------------------------------------
nampak x?...menda simple je....ini d namakan communication break down...
aku mencik klu kenyataan aku d putar belitkan....org maksudkan lain...
tp telah d faham dlm bentuk berbeza.....
sebenarnya...lepas aku reply email ketiga tu....esoknya...ada pempuan kol..dia ckp..
dia dr KPM....adik pd salah sorang student DPLI (aku suspek mmg adik budak yg email aku)
duk tanya......aku ni silap hantar borang ke tempat yg salah ke?....
masa tu...aku rasa mcm nk back hand org je.....ni apa bangsa x paham2 BM ni....
aku terus potong ayat dia....aku ckp.....maksud kesilapan aku tu...aku silap taip...
sepatutnya KPM aku tulis KPT...itu saja...jangan tuduh aku silap hantar ke tempat yg salah....
budak tu ckp...dia dr KPM...dia check katanya....takde lagik diorg terima borang dr kami....
aku makin bergelora...tiba2 rasa mcm teringin nk ratah daging manusia.....aku ckp...."ko ni department mana?...ko tau kan KPM tu banyak departmentnya....aku xmo ckp banyak..ko cari sendiri pegawai incharge kat sana" terus aku kasi nama pegawai sana..pandai2 le korang....
OH HATI ---> jangan aku masuk TV3 sudah le weh...diorg x dpt posting...aku yg glamer pastu...
5 comments:
Sabaq Tan sabaqqq...sib baik hang tak ratah daging manusia kalau tak haru jdnya. tahniah ler sebab jd kakitangan yg penuh dedikasi melayan karenah org awam hik..hik..hik..hik..
ish ish.. tu bakal jadi cikgi kan. camne ayat simple camtu tk boleh paham. Sudah dijelaskan silap taip.. bukan silap hantarrr.. uihh sabar je la kan.. sib baik sy tak kerja.. duk goyang kaki kt umh je.. hihii
CT --> hang tentu x caya aku leh jadi sebegitu berhemah kan?...klu aku mcm dulu..mcm jaman jahiliah aku dulu...mmg makan maki le budak tu...
aida--> aku ni...hampir2 jadi naga tasek chini weh...nk kuwar api dah..nasib le tru email...bleh le cover api kot idung tuh..huhu
ehheh bagus Tan..sekurang-kurang nya ko dah tunjuk kan contoh seorang pegawai yg berhemah..
cuma makan dlm aje lah..kerenah manusia..sabaq
Saya pun tgh tunggu result posting gak ni. Baru call Dr.Hashim dan beliau dah confirm kan yang segala nama telah di hantar ke KPM.
Post a Comment