Thursday, May 14, 2009

14 Mei 1994

Haji Yusof Bin Saad dan Hajjah Zabedah Salleh..beberapa bulan selepas berkahwin lebih 50 tahun yg lalu...




awal bulan Mei 1994

aku: "kenapa abah nk buat operation mata dia kat hospital taiping mak....xkan kat Teluk Intan ni takde?" aku tanya mak lepas abah masuk hospital...kena tahan seminggu sblm operation

mak: "kenapa x tanya abah sendiri sblm ni?" soal mak saja nk duga hati aku

aku: "malas la..." berdolak dalik

mak: "abah ckp..taiping tu tgh2 antara Parit buntaq gan Tlk Intan..nanti senang la org Parit Buntaq gan Tlk Intan nk dtg melawat dia"...mak jwp dgn tenang...

aku: "oooo...."

--------------------------------------------------------------------------

9 Mei 1994 (isnin) - hari operation mata abah

pagi sekitar pukul 7am...sblm aku ke sekolah....hari pertama peperiksaan penggal..mak gan uda bersiap2 nk ke hospital taiping melihat abah....

aku: "mak....nanti jumpa abah kim salam org kat dia tau..." sambil senyum manja

mak: "insyaallah...lepas operation mesti x lama ok dah...bleh balik dh abah tu...bkn serius pun"

ptg...balik sekolah....rumah gelap..pintu tutup...nampak kak midah, kakak ipar aku sedang duduk...muka dia serius...mata dia merah...

kak midah: "intan...uda tipon...abah koma lepas operation...ada problem skit...skrg abah kat CCU"

aku: diam....senyap...duduk....senyap..sunyi..mata berair....


----------------------------------------------------------------------------

10 Mei 1994 (selasa)

tinggal aku dan kak midah d sini....semua adik beradik yg lain d hospital taiping....aku meronta2..kenapa aku masih d sini?...mak ckp....periksa...fokus..jgn fikir menda lain....tp mak tau x....pagi selasa tu...aku jwp soklan BI dgn mata berkaca....aku x nampak soalan....pandangan aku kabur......air mata aku x henti2.....mcm mana aku nk fokus mak?...aku x mampu....biar lah aku gagal peksa ni mak...aku rela...izikan la aku kesana...aku nk temankan abah...

------------------------------------------------------------------------------

11 Mei 1994 (rabu)

uda ckp...abah dh sedar ...sukanya hati aku....abah dh boleh bercakap...uda ckp lagi...ayat pertama yg keluar dr mulut abah...

"mana intan.." mungkin abah hairan...anak2 yg lain semua ada...aku menangis lagik.....air mata....henti la.....jangan la terus mengalir...aku bersyukur sangat....sambil pesan pd uda utk sampaikan salam aku pd abah...kata uda lagi, insyaallah..abah akan ditukarkan ke wad biasa...aku gembira

---------------------------------------------------------------------------------

12 mei 1994 (khamis)

uda tipon lagi...tgh mlm smlm...abah kembali kritikal...malah lebih teruk dr sblm dia sedar...uda pesan...nti, lepas balik peksa..tumpang makcik Esah..dwang nk melawat abah...

ptg....perjalanan dr Tlk Intan ke taiping terasa lama....sungguh membosankan....

bila kereta membelok ke Hospital Taiping..hati berdebar2....aku x pasti apa reaksi aku...aku nampak ahli keluarga yg lain d bawah pokok...mak sambut aku dgn pelukan....menangis.....mak peluk aku bersungguh2....aku x pasti apa ayat terbaik yg patut keluar dr mulut aku ketika tu..jd aku pilih utk diam...

masuk melawat abah...saat pertama melihat kelibat abah yg terbaring dgn wayar yg bersirat....air mata terus gugur tanpa d minta...kaki aku mengigil....ya allah...xkan itu abah aku...nurse tersenyum...

"ni mesti anak bongsu pakcik kan...masa dia sedar ari tu..dia ada sebut psl anak bongsu dia..nama intan kan?"
...sapa nurse yg bertugas...

"ckp la dgn dia...dia dengar.."

aku pegang tangan abah..letak kat pipi...berkali2 aku cium...x ckup tangan...aku cium pipi abah...sambil berbisik..

"abah..intan datang...bangun la bah...intan rindu nk sembang dgn abah..." tiada reaksi...

"abah...intan mintak maaf..maafkan intan utk semua kesilapan selama ni...abah maafkan intan tau...." masih tiada reaksi....dan aku tinggalkan abah setelah 45 minit

mlm...sampai rumah dan langsung tak study utk paper geografi esoknya

-----------------------------------------------------------------------------------

13 Mei 1994 (jumaat)

balik sekolah...siap2 brg..uda janji nak balik ambik aku dan kak midah....hati berlonjak..sampai sana mlm...aku janji utk jaga abah mlm tu....kasi peluang org lain utk rehat...aku dgn kak chik tunggu d kerusi luar...sampai pagi sabtu

-----------------------------------------------------------------------------------

14 Mei 1994 (sabtu)

bergilir ke surau utk subuh...semua yg ada berkumpul bwh pokok utk brekfes...mengisi perut yg kosong...sekitar pukul 7am....nampak kelibat seorang nurse..melambai2 tangan...mak menangis semula....

"ni masti apa2 jd kat abah ni...cepat la p tgok..."
semua berlari...mak x mampu jalan....tinggal aku dgn mak....aku pimpin tangan mak perlahan2...kaki mak lembik...x boleh pijak tanah...dr jauh aku nampak kak chik menangis sambil duduk...sambil tangan membuat isyarat...aku berhenti melangkah...mak pun sama..

"abah hang kenapa intan....abah hang dah takde ni..."
tangisan mak lebih kuat...aku masih diam....tiada reaksi...

"mak...abah dah tak dak mak..." kak cik nangis sambil peluk mak...aku masih diam...x mungkin....aku langsung x percaya...sblm turun..aku jengok abah....abah nampak biasa je...

"p la cium dia..tu pesan dia sblm ni..nak anak2 cium dia.."
mak arah perlahan...

ketika aku sampai....semua wayar d badan abah telah d buka...kami adik beradik cium abah sorang demi sorang....

------------------------------------------------------------------------------------

14 Mei 2009 (sabtu)

15 tahun berlalu...peristiwa ni masih terlalu jelas d fikiran aku...tiada satu pun yg terlepas pandang...aku ingat satu persatu....abah tinggalkan aku ketika aku berusia 17 tahun...Tuhan dh takdirkan...hanya 17 tahun aku merasai kasih sayang abah...


tp..menangis air mata darah sekali pun...abah dh tiada...tu takdir...kematian adalah ketetapan...qado dan qada....aku kena terima...pasrah


rindu aku pd abah tuhan saja yg tahu...dan aku juga rindu abah panggil aku ANAKBABAH mcm slalu...moga abah tenang d sana...berada d samping org2 yg beriman dan beramal soleh...amin





OH HATI--> ):
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

13 comments:

Yunus Badawi said...

sedih aku baca kisah ko ni intan. Aku pun dah takde ayah aku di dunia ni.
Kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Aku bacakan yassin setiap pagi utk ayah aku. Itu aje yg aku termampu utk membalas jasanya yg mmg tak dpt aku balas.

Syamilia said...

k.intan...xmo la...
sedih la kak intan...
ishk...cmne ni...
kita doakan rohnya tenang di samping roh org2 yg beriman ok...

rynas said...

pagi2 ni buat aku sedihlah Tan. Doakan moga rohnya aman di sana. Sebab tulah selagi aku ada mak dan ayah ni kalau boleh nak selalu melawat dorang..nak selalu disamping dorang..biar kita puas sebelum mereka menutup mata. huhuhuhu..tak leh nak citerlah...kalau bab mak dan ayah nie..mesti bergenang air mata.

Rozita said...

eh,..sedih lah baca ntri cenggini,pagi2 plak tu..

fizan *sew addict!* said...

aku sedih....sedang berkaca mata ni...tak nampak nak tulis apa..doakan semoga arwah abah berada di sana dengan tenang....

liza said...

Selalu saya baca blog ni mesti saya akan senyum-senyum sebab bahasa yang digunakan kelakar.
Tapi pagi ni, tanpa disedari air mata menitis di pipi.Terasa sebak dan sayu sebab saya juga teringat kepada arwah bapak yang sudah meninggal pada 17 Februari 2008.Semoga arwah bapa kita ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

a.k.u.p.e.n.t.o.i said...

aduh...citer lu mau kasi gua jadi kuntum la....

Riezal said...

Intan.. benda yang lepas jgn rasa bersalah k.. insyallah maybe abah tu dah ngaku kesilapan.. tapi time tu kita x penah sedar bila dia ada... bila dia tiada baru kita tercari2.. harap benda2 camtu jgn di ulangi dalam idup hang.. aku pun ngah blajar dari pengalaman hang ni.. insyallah so far aku dgn ayah aku pun dah bertegur sapa.. aku rendahkan ego aku utk bertegur walaupun pak aku tak mau bercakap lagi.. dia sakit aku jaga.. aku tak kisah dia nak kata apa.

Kadang2 apa yang terjadi maybe ada hikmah.. kalau tak terjadi macam tu maybe intan sampai skang takkan sedar x nnampak itu semua.. apa pun..jgn putus doa yer intan.. dia masih abah intan dunia dan akhirat.. kuatkan semangat tabahkan hati..

en_me said...

sodeyynyerrr..

Mr PenyuBiru said...

speechless..


al-fatihah tuk ayah ko. moga rohnya dicucuri rahmatNya.

INTAN said...

tima kasih semua...!

U-jin said...

lafatihah utk ayah ..emm sedeh nye kehilangan org tersayang...huhuks...masih teringan kehilangna arwah abah th lepas..

@LiYaNNuaR said...

sayu aku, noks... tingat pulak aku kat arwah ayah aku...

Al-Fatihah utk mereka2 yg telah tiada...