Saturday, July 26, 2008

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

aku : biasanya aku salam dan cium tangan incik hubby waktu dia hantar aku ke tempat keje....kalau aku dr rumah....dan dia masih tido......aku x salam...tp aku bgtau yg aku dh nk g keje.....


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

aku: laki aku xde keje luar daerah ni....tapi, bila dia keje mlm....2 3 ari gak aku x jumpa....pelukan dan ciuman d bibir?.....errrkkkkkkk.........nanti akan aku usahakan dong!

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

aku: yg ni...biasanya incik hubby slalu kol...dan aku kol utk suh dia buat something ke....pasal anak2 ke......tp, mmg biasanya ari2 kalau x kol, kami bersms masa d tempat keje....


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

aku: allllllllllaaaaaaaaaaaaaaaa....x cakap la....nti aku buat yekkk...

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

aku: susah skit hat ni...sbb kalau time incik hubby keje...dia susah nk kuwar...keje production le katakan...tp, klu ada kesempatan dia hantar aku g kje...aku spend time utk bekfest bersama2

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

aku: kalau ada perkara luar biasa...kami saling meng'update antara satu sama lain....kalau hal biasa2 je......idak pulak....nak kena jugak ke?

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

aku: incik hubby kalau dh gantuk sangat....bom gugur pun dia x endah dah..mcm mana nk bual isu2 semasa ni?

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

aku: aku ni walaupun suka merajuk...tp lembut ati org nya.....wpun aku merajuk..last2 aku jugak g memujuk....cehhh!

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

aku: aku teman dia sambil aku bertenet...kira teman gak kan?

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

aku: incik hubby slalu tertido kat depan tv bila dia sepatutnya menonton bola...dan akhirnya tv yg menonton dia....

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

aku: mmg x pernah aku berjemaah gan dia selama ni...akan diusahakan bila anak2 semakin membesar

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

aku: yg ni mmg xde hal...selamber je kami makan bekas masing2.....dr dulu pun...ahaks

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

aku: ada gak incik hubby buat...dan aku pun buat2 le terkejut ya amaaattt...hahha....dan aku pun ada juga beli pd dia something bila time aku shoping utk diri sendiri

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

aku: incik hubby kebetulan seorang yg kelakar....bersenda gurau adalah rutin semulajadi kami

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

aku: mmmmmmmmm.......aku rasa dia kenang kot pengorbanan aku.....dan aku sentiasa ingat kebaikan dia pd aku selama ni....insyaallah

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

aku: nk tukar mcm mana ye?....xkan tiba2 aku nk pakai baju kurung kat rumah kot?..wkakakakaka......

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

aku: insyaallah.....perkara ni...ada kami amalkan selama ini

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

aku: aku ada tekad tu....aku rasa incik hubby pun sama walaupun tidak meluahkannya secara terbuka

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

aku: ye ye.....aku cuba...aku cuba...





OH HATI --------> x salah mencuba utk rumahtangga sendiri kan?



Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

0 comments: