Tuesday, July 15, 2008

BerSEDIA atau TIDAK..BOLOS saja dinding ituuuu

nama rancangan ----> BOLOS
pengacara ----------> Zizan Raja lawak
waktu siaran -------> 6 petang (ulangan..ntah...8.30 ke....9.00 korang check le sendiri..hehe)
hari siaran ---------> aku rasa....isnin - khamis....
cara permainan ----> 2 group mengandungi 3 peserta each.....kumpulan MERAH dan BIRU
ada 3 segmen.....kena bolos dinding yg belbagai bentuk....kalau x
berjaya dinding akan pecah...atau peserta akan jatuh dalam air.....yg
kumpul markah tertinggi...akan pergi ke segmen MEGA BOLOS.....kalau
berjaya dapat rm1000, kalau x....kena kasi separuh pd kumpulan lawan



aku takde niat nak promote rancangan ni....ataupun nak promote pengacaranya.....aku takde kaitan dgn ASTRO, mahupun bukan sepupu, mak sedara atau penah bercintan dengan Zizan.....tidak...tidak...dan nehiiii.....mungkin sebab ada masanya (aku rasa majoritinya..hahah), aku suka melayan rancangan tv yg santai...kerana mencari hiburan ringan setelah letih fizikal dan mental di tempat kerja, aku rasa rancangan ini banyak membantu mengerakkan urat2 disekitar muka (kerana banyak ketawa) dan urat2 saraf disekitar perut (kerana bila ketawa hingga ketahap cipan....boleh menyebabkan tekanan dikawasan perut..wakkakak)


rancangan ni (mengikut kajian/pembacaan aku sblm ni) di adaptasi dari negara jepun (dekfa, ko sure penah tgok jepaness version masa tinggal di jepun dulu) mengandungi unsur kelakar yg kadangkala membawa ke unsur lucah (bila tgok uniform peserta dan bentuk yg terpaksa dilakukan), juga mengandungi unsur kecekalan, kegigihan, ketekunan, ketelitian, kretiviti, kerjasama, komitmen, komited dsbnya yg berkaitan (tertakluk kepada cara korang menilai rancangan ini).....


sejujur2nya, aku penah ketawa terbahak2 dari duduk di atas kerusi, tiba2 aku berguling2 di atas lantai sewaktu aku menonton salah satu episod rancangan ini.....sejujur2nya juga, kedua2 anak lelaki aku...terpingga2 dan kemudiannya mengambil pendekatan meniru saja aksi luar biasa aku...iaitu ketawa tahap tak sedar diri....


korang baca statment aku pun xde guna.....apakata, korang layan je rancangan ni (khas utk yg belum penah menontot sblm ni) dan kalau korang bernasib baik, korang akan TERsaksikan edigan (aku rasa ejaan aku salah la....hahaha) kelakar yg tak terfikir oleh akal yg waras....


aku x peduli andai ada yg merasakan rancangan ni x lebih dr rancangan lain spt AF, 'jangan lupa lirik' dll nya yg hanya memplagiat rancangan luar, atau pengacaranya yg suka membuat lawak vudus, atau uniform pesertanya yg 'lecah', atau penggunaan bahasa dan tatabahasa yg salah kerana aku tidak mencari kesempurnaan...tetapi aku mencari hiburan ringan......


Jom layan 2 version yg berbeza







Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

4 comments:

Unknown said...

haha.. kot tgk versi jepun ko akan rasa mcm nak pensan tegelak. diorg nye lawak melampau kalo bnda2 mcm ni nih! tu sbb kalo rncangan gini dia tunjuk tgh2 mlm, heheu

INTAN said...

aku tgok tru YOUTUBE....aku rasa diorg amat gigih.....bentuk yg keluar pun luar biasa pelik...tapi diorg berusaha juga utk bolos....aku kagum!!!

Anonymous said...

aku tgk versi jepun. macam sial ja lawak gila..setuju. balik ni aku nak tgk lahjugak.

INTAN said...

org jepun nk mmg kelakar dan gigih...hehehe...