Thursday, July 17, 2008

HANCOCK


tadi kat QB aku layan citer HANCOCK.....takde sbb yg khusus kenapa aku rela menonton citer ini seorang diri.....dr dulu, aku peminat Will Smith..dr dia muda2 masa berlakon sitcom "The Fresh Prince Of Bel-Air" sekitar awal thn 90an....otak dia sewel betul....buat aku yg sedia sewel ni terus2an menjadi sewel kuasa kuda.....i lap u lah.....ko mmg giler...aku suka!!! (ucapan khusus utk will smith...kalau dia terbaca blog aku...wakkaka)

apa yg menarik ttg cerita HANCOCK ni?....perbezaan krektor super hero berbanding superman yg memakai spender merah diluar, batman yg ala2 macho ttp hancur...(sebenarnya aku suka juga batman...hahah....), spiderman yg menjadi kegilaan anak aku ILHAN dan lain2 superhero yg ada termasuklah CICAKMAN dan KLUANGMAN...HANCOCK mmg berbeza....

HANCOCK x perlu memakai topeng....dia x ubah mcm manusia normal..kecuali kelakuan dia yg tidak normal.....dia seorang alcoholic....kasar.....tiada kasih sayang.....tiada simpati.....walaupun niat asalnya hanya ingat membantu...tp tanpa sedar...bantuan yg dihulurkan olehnya sering menjadi satu bencana....hingga akhirnya menyebabkan dia dibenci....

sehinggalah pada suatu hari, HANCOCK membantu seorang PR bernama RAY yg hampir dilanggar keretapi...RAY yg rasa terhutang nyawa dan budi....cuba mengubah imej HANCOCK menjadi seorang super hero yg lebih berhemah dan d sayangi...caranya, Ray memujuk agar HANCOCK setuju utk dipenjarakan ke atas setiap kerosakan dan kesalahan yg telah dilakukan....niat Ray agar setelah HANCOCK dipenjarakan.....org ramai mula menyedari kepentingan HANCOCK selama ini dlm bantuannya membenteraskan jenayah

kesabaran HANCOCK dan kesungguhan Ray membawa hasil apabila pd suatu hari...bantuan HANCOCK ditagih oleh ketua sherif dlm kes rompakan bersenjata di bank.....

apa kesudahannya?.....hahhaha....penat weh aku menaip....apakata korang saksikan sendiri.....cerita ini jauh berbeza dgn kisah superhero yg lain......agak menarik utk ditonton.....
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

0 comments: