Saturday, August 2, 2008

KEKASIHku seru


korang penah tengok citer ni x? Drama seram ini menghiasi slot d TV3 setiap hari Khamis pd pukul 9.30 mlm...baru 2 episod sebenarnya....drama ini d arahkan secara usahasama pasangan suami isteri, Kabir Bhatia manakala skrip nukilan Mira Mustapha

kalau korang perasan, drama ini Hampir keseluruhan penggambarannya berlangsung di Janda Baik, Pahang dan kawasan sekitarnya, sesuai dengan kisah seram yang cuba ditampilkan, khususnya kepercayaan masyarakat Melayu. Apa yang menarik, penonton akan menghargai sinematografi cukup cantik setaraf kualiti filem.

Drama ini d warnai oleh pelakon lama dan baru spt Emilda Rosmila, Ummie Aida, Hairi Othman dan fizz Fairuz (aku suka dia wehhh....)

keseluruhannya, aku masih blurr dgn jln citer drama ni...(adakah d sbbkan aku lebih banyak memejam mata sepanjang drama ini berlangsung?) aku cuba dgn sedaya upaya utk memahami apa kaitan antara 1 watak dgn 1 watak yg lain wpun aku sebenarnya tiada kekuatan.....(ayat sebenarnya adalah aku penakut)

tp, berbanding cerita SUSUK atau SAKA...aku rasa cerita ini tersendiri dan keseramannya mmg luar biasa.....sumpah, kalau aku sorang (takde along atau incik hubby) aku xkan tgok cerita ni sndirian.....aku x rasa cukup gagah utk menonton sendirian dgn terlampau banyak adegan terkejut dan mengejutkan ni...

x sabar utk mengetahui siapa ibu marissa yg sebanar..benarkan Mas Ayu ibu sebenarnya?....kenapa Mas Suri berperwatakan berbeza?......apa kaitan watak yg d lakonkan oleh Fizz Fairuz dgn watak marissa?...

jangan ketinggalan utk menonton siarannya setiap khamis dan bersiap sedia utk menerima kejutan yg luar biasa....pastikan ada bantal d sebelah utk menutup muka ketika adegan yg tidak sepatutnya keluar...



OH HATI -----> aku bukan penakut, tp urat keberanian aku putus sewaktu bersalin...huhu
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

2 comments:

Anonymous said...

takuttt mmg takutt aku begitu menyetujuiiii...tapi sokong cite ni

INTAN said...

giler seram...sumpah klu sorang aku x sudi nk tgok...huhuhu