Friday, September 4, 2009

erkkk!!!

aku terima email ni dr kak mery....n terus menjadi isu perdebatan kami masa berjemaah tadik...





Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela

MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!


Tidak disebut membela anjing itu haram

“Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.


“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”

Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

Beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”

Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. 6 tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting di negeri Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.





OH HATI--> erkkkkkkkkk....erkkkkkkkkk.....gluppp...gluppp...








Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

29 comments:

mamai said...

tak haram bela anjing
dan anjing itu najis

kita kena faham di mana haram dan najis anjing itu...

tapi lebih baik mengelak

ckLah @xiiinam said...

...betul kata mamai tu....

INTAN said...

MAMAI
bkn kena d blehkan bela anjing atas sebab2 tertentu saja...cam nk jaga dusun/ladang kita...ect...tp klu saja2 nk bela cam jd pet ..bleh ke?

Unknown said...

byk kena belajar lagi bab agama nie .. tkbleh cepat menghukum .. er.. tk berani nak komen

julietchun said...

tak berani nak cakap apa tapi kalo dia jemput aku gi umah dia aku tak pegi, aku takut anjing beb.

Ummi said...

haku ni ilmu x tinggi..tp setahu aku,mazhab kita iaitu Imam shafei memberi penekanan utk mengelak pekara2 yg boleh menjerumuskan kepada yg kes cenggini la...bkn ker mazhab kita paling strict? erk,x reti nk susun ayat tp lbh krg gitew la ...

my 2cents,kalo x perlu x payah la kott...kucin pon loyal jugak,cuma dia tecik dr doggy...Nabi pon suka kucin kann kann kann.

rynas said...

iskk.banyak lagi binatang lain yg tak menimbulkan fitnah naper pulak pilih nate tuh. belalah kucing ker arnab ker ikan ker?
habis kalau kena najis dia cam ner..kena satu rumah..kena samak ler pulak. ntah larrr walahhualam

zino said...

dapat maklumat ni dalam satu forum, mungkin boleh membantu

"Haramnya babi itu mutlak, makannya haram, memeliharanyanya haram, jualnya haram, membelinya haram, membantu menjualnya/membelinya haram. Pokoknya semuanya haram. Lain dengan anjing. Taukah anda, anjing itu binatang yang dimuliakan oleh agama sama dengan kucing. Artinya kalo ada anjing atau kucing kehausan dan kita
punya minuman, maka kita wajib memberikannya. Karena mereka binatang yg dimuliakan maka tidak boleh dibunuh, apalagi dimakan. Bedanya anjing dan kucing hanya pada air liurnya. Kalo kita kena air liur anjing, maka cara membersihkannya memakai air - tanah - air - tanah - air -tanah -air. Sedangkan kena air liur kucing tidak begitu."

kiranajoe said...

rasanya bela anjing mmg la tak haram tp air liur dan poo poo anjing tu kan ke najis. yakin ke dia punggung anjing tu tak berbekas najis lepas berak? then anjing plak macam kucing, duduk kat atas sofa, atas karpet, atas sejadah, merata...bukan dia reti pakai suar, tak jugak dia reti nak cebuk pas berak..was-was lah...

tp org ni mmg wujud..lokasinya di area2 Ulu Yam kata sumber yg boleh dipercayai.

akhir zaman betul...

Tie said...

Haaa..... Dah lama kak tie terjumpa blognya...

Memang dia membekalkan anjing2 untuk tujuan keselamatan atau untuk peribadi.

Tidak haram membelanya, tetapi kena hati2. Bulu2nya, yang belum tentu kering mungkin akan melekat pada kulit, pakaian atau rambut...atau masuk ke rumah. Dia bela anjing seperti bela kucing, anak2 dan isterinya pun sama.. bermesra dan bergurau dengan anjing.

Kak tie pernah tanya, padanya diruang komen, tak penat ke samak beberapa kali sehari sebelum solat, atau makan.... Dia tak jawab pun komen tu.. tak tahulah sekarang, dah lama tak lepak di blog dia.

Bagi kak tie, boleh bela anjing, dengan tujuan untuk menjaga keselamatan, atau berburu atau mungkin atas dasar belas kasihan. Tapi kak tie tak sanggup nak pastikan rumah kita, diri kita bersih dari air liur atau peluhnya...Dan kak tie pun takut anjing, hu hu...

ONE ZABA said...

ntah la...tapi aku kalau nampak anjing ikut jalan jauh pun tak pa. takut aku kena geget kali kedua.

INTAN said...

KAK IDA
tu le...sy pun jd kelu nk komen...takut silap..

JULIET
hahha....aku pun x g....sbb aku x yakin

ZUE
mmmm....klu nk bantu anjing yg dlm kesusahan mungkin logik le kan..tp nk bela byk2 camtu...erkk..bkn ke kita ada alternative lain?

CT
tu le isunya...berita dia masuk suratkabo c*n*....aku takut kena eksploitasi je nati

INTAN said...

ZINO
oooo...air liur ek....ni mazhab kita ek abg zino....moga maklumat tu membantu kita semua yg mungkin kekaburan

KIRANAJOE
daku bsetuju dgn pendapatmu

KAK T
saya setuju sepenuhnya apa yg kak T ckp terumatanya para yg terakhir tuh

1ZABA
haaa....aku pun gitew....pusing jauh2....aku takut...

kenari said...

sy pun ada terima email ni 2 bulan lepas..mulanya tk pecaya tp siap dgn gambar smua..

en_me said...

kuching pun me taknak bela.. ghitewww

INTAN said...

KENARI
tu la....ingat x superimpose...mm..ntah le

ME
daku pun abg me.....daku x rajin..

ezzati said...

ya Allah..punyala byk lg binatang leh bela kalo skalipn cintakan binatang kan...
Quote frm smwhr:

Pengharaman memakan daging babi - dalam surah al Baqarah ayat 172-173, surah al maídah ayat 3

Anjing itu najis kerana di sebut dalam hadith :

Apabila anjing menjilat mangkuk kamu, maka tumpahkanlah air yang di dalamnya dan basuhlah mangkuk itu 7 kali - riwayat Imam Muslim) dan banyak lagi hadith sahih yang bersangkutan dengannya.

Begitu juga membela anjing di dalam rumah, disebutkan di dalam hadith yang bererti : tidak masuk malaikat ke rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

ckLah @xiiinam said...

errrr...ckLah punya tu tak dikira sebagai komen eik?



"hu..hu...nak merajuklah....cam ni...", kataku sambil menghentak-hentakka kaki....

U-jin said...

bela anjing....kalopung x haram...x mau ler wei.....kena geget nanti..huhuks

Yunus Badawi said...

duit tu gunakan utk bantu ORANG miskin lagi berfaedah.

ainalhanisda said...

aku dah biasa tgok org kita ni bela hanjing, kat kg aku ada yg membela..siap bawak ronda2 lagi...dia follow jer tuan dia dari belakang..he he he.dari segi hukum,no komen,aku tak berani cakap.yg aku tau kalau haiwan itew kering dan tuan nya yg muslim kering..tak ada salah nya..teringat citer arwah yasmin ahmad..

@LiYaNNuaR ツ said...

stuju dgn Ktie... cdg2 nak bela hanjeng gak tp bukan nak buat pet... nak suh jaga kamben2sss... tp belum muktamad... sbb riso kamben2sss mjadi menan gegetan si hanjeng iteww...

Nl said...

erkk aku tak suka anjing bulldog
dan anjing yang hodoh... huhhu

anjing yg garang pun aku
baling ngan batu hahahhaaaa


aku pernah di kejar anjing... aku lari cam x cukup tanah hehehee

S@Y@NGH@SNI said...

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa memelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya bekurangan satu qirath." [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain]
Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi'iy, Hambali, Maliki dan Zahiri
(alMajmuu', IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha' seperti dari Ibn Hajar ialah:

1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabiat anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

fikir-fikirkanlah jika nak bela anjing..

INTAN said...

EZZATI
akak setuju gan pendapat n hujah ko 100%

KAK LAH
jgn majuk...daku tlepas pandang...kih3...susah la klu org sekampung majuk

UJIN
betoi....takat kucin pun slalu kena tokak kan

YB
betoi.....sokong lagik....120%

AINAL
haiwan tu mungkin kita nampak kering....tp kita mungkin x perasan..dia baru pas jilad2 bulu dia...

LIYA
klu ada pilihan lain...cuma le cari kan..

NAQEEB
sama le aku pun..ada pengelaman ngeri gn hanjing

YUS
betoi...aku pn ada terbaca menda ni...kan byk lagi binatang lain leh d beli utk d jadikan pet kan

Anonymous said...

suh dia ngaji abis bru citer byk..selain quran..hadis pon panduan hidup kan..lantok dia lah.ayoh pin pon kata agama dia tu conpom syurga..ikut suka ler kome guna dalil sendiri

fae said...

klu aku, binatang apa pun aku tak bela..kekeke.. aku pun ada pengalaman ngeri dengan hanjeng ni..
klu ye pun menghargain nyawa, byk lag yg boleh dibela.. tolong anak yatim lagi mulia..

pusat said...

betul le bro tu bgtau... tak haram bela anjing... masyarakat islam di malaysia memang anti ngan anjing skit.... memang dari kecil dah diajar anjing tu najis... ustaz2 dulu2 pun ckp anjing ni najis...

memang salah beranggapan anjing tu najis..

cuma payah bela anjing ni sebab susah nak mengendalikan jer...

Urology Surgery in India said...

Great post and thanks for sharing....