Wednesday, September 16, 2009

Selamat....selamat!!!

turut berada d dlm gambar adalah fizan-nazira story, kak ita-Scrapblog , ainal-Ini Kisah Aku, aidaroha-Inspirasi dan kreativiti, kak seha-setia2i dan kak yan-kami (selain anakbabah, kak zu, Nim, erma, lyn, hazna, )



aku takut kebuntuan aku berpanjangan..x sempat aku nk ucap selamat ari raya lak nanti....maka, berbekal kan kad maya yg dia create oleh ainal yg mengandungi gambar2 'gadis2' rupawan, dermawan, hartawan (dgn senyuman), cendekiawan, setiakawan dan palbagai2 WAN lagik ahli club TSY (The Silver Yongs) .... aku ambik kesempatan ni....utk menyusun semua jari yg aku ada....memohon kemaafan jika ada sbrg tutur kata yg menyingung mana2 pihak...atau komen2 aku kat blog korang yg ter'capoi' skit bahasanya....



SELAMAT ARI RAYA...MAAF ZAHIR BATIN...
PANDU CERMAT..JIWA SELAMAT...
INGAT LAH YG TERSAYANG
ANDA MAMPU MENGUBAHNYA....
MERAH TANDA BERHENTI...
JGN MKN KETERLALUAN SAMPAI ILANG INGATAN
INGAT KESIHATAN JUGAK....



p/s aku akan bercuti raya mulai 18hb - 27hb.....taun ni turn perak...kendian baru balik perlis.....



OH HATI---> klu rajin, akan ada N3 lain lepas ni..klu malas (rasa cam malas) N3 ni mungkin yg terakhir sehingga raya....
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Monday, September 14, 2009

buntu kuasa 2






aku masih BUNTUT menghupte blog....ku fikir kita akn buntu nk mkn apa d akhir2 Ramadhan.....rupa2nya selain dr kebuntuan itew, menghupdate 1 N3 pun adalah 1 kepayahan yg maha besar pd aku.....aku redha...!



xde apa2 yg menarik dan tertarik pun sama....cuma 1 je kot yg menarik....pagi smlm..ilhan tgok rancangan masak memasak (tobat aku lupa tajuk rancangan....byk sgt rancangan masak d bulan ramadhan ni....nk uji ke imanan org bposa gamaknya) menu nya spaghetti ... udah merenggek nk mkn tu time bbuka...nk wat camne kan.....aku yg udah beso gajah pun tgoda tgok..tambah2 le dia yg baru 6 taun dn masih gigih bposa tu...



maka, sbg mama yg gigih....(sebenonya aku pun tingin lepas tgok rancangan tu), bbuka le kami gn spaghetti yg aku masak....memandangkan tekak kami melayu tulen...aku tambah skit cabai kering....dgn harapan ada rasa pedas wpun sedekit....rupa2nya....rasa pedas tu x sikit....banyakkkkkkkkkkkkkkkk jugak.....udah masing2 jd NAGA tasik chini....dan tiba2 plak semua org selsema lepas berbuka (hingus asyik nk kuwar je..kih3)



OH HATI--> perut memulas je lepas sahur td...kesan spaghetti pedas ke?....sbb tu le aku jarang2 masak...takut memudaratkan kesihatan seisi rumah (kih3....baikkk punya alasan)

Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Tuesday, September 8, 2009

buntu



kesian aku..xde idea nk update blog....1 malapetaka bg seorang blogger kan...setelah bfikir panjang....aku nk buat sinopsis saja apa yg blaku dn yg akn blaku 2 3 ari ni



1) aku dh nekad yg aku xkan beli baju raya utk diri sndiri...

2) tp aku nekad utk sambar 2 3 ketui tudung ariani/zahra

3) baju anak2 dh siap s'persalinan dr atas ke bwh.....(rasanya lebih dr sepersalinan.....)

4) baju incik hubby pun....

5) aku nk beli kasut raya....utk menyelesakan dgn situasi semasa diri aku yg makin memberat

5) tiba2 aku TERbeli HP raya baru.....( mcm xde kaitan dgn persiapan raya je...)

6) cuti raya dh mohon....x lulus pun aku akan cuti jugak dr 18hb - 25hb

7) kuih raya dh b'jaya d tunjuk2......aku kan penunjuk kuih raya yg b'jaya

8) mak kata 2 jenis kuih raya yg aku tunjuk x ckup....dia suh top up lagik....huhu

9) anak2 sedara ramai yg dh besar2...dh abis U...dh start keje...kurang skit peruntukan duit raya taun ni...hahaha

10) ok.....selesai dh aku merepek....






OH HATI--> b'jaya gak update 1 N3....huhuh
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Friday, September 4, 2009

erkkk!!!

aku terima email ni dr kak mery....n terus menjadi isu perdebatan kami masa berjemaah tadik...





Dia telah membela 50 ekor anjing, menjadikan anjing sebahagian dari kehidupannya, membelanjakan banyak wang untuk mengimport anjing dari luar negara, membenarkan anjing menaiki kereta Mercedesnya; demi membela anjing, dia sanggup berpindah dari bandar ke kawasan terpencil. Tetapi setiap kali apabila dia membawa anjingnya keluar bersiar-siar, dia menarik perhatian ramai di kalangannya yang memandangnya aneh. Ini adalah kerana, dia orang Melayu. Tidak pantang, makin banyak anjing dibela

MKI (Peniaga, 37 tahun) walaupun beragama Islam, tetapi dia bukan sahaja tiada pantang terhadap anjing, malah kian hari kian banyak anjing dibela. Sungguhpun ada orang yang berpendapat bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, bahkan ada orang yang terus memakinya online, hacker yang mencerobohi blognya, dia masih berharap untuk menyampaikan satu mesej melalui perlakuannya – iaitu menghormati setiap satu nyawa!


Tidak disebut membela anjing itu haram

“Sebenarnya dalam al-Quran tidak disebut bahawa orang Muslim tidak boleh membela anjing, anjing tidak dilihat sebagai najis, orang Muslim tidak ada pun larangan untuk membela anjing , orang Muslim di Arab Saudi dan negara China ada membela anjing, hanya disebabkan perbezaan antara mazhab-mazhab Islam, tambahan pula adat berlainan di Malaysia, ini menjadikan ramai tersalah sangka bahawa orang Islam tidak boleh membela anjing.” Ibubapa MKI telah mengajarnya sejak kecil untuk menghormati nyawa, tidak kira apa jenis makhluk pun ada nilai nyawanya, bahkan sejak kecil pun membenarkannya membela anjing. Oleh itu, pada pandangan MKI anjing merupakan kawan yang setia, dan akan selalu di sisi tuannya, tidak kira miskin atau kaya.


“Saya ingat satu kali saya pulang ke rumah pada pukul 2 pagi, anjing saya masih di depan pintu rumah menunggu kepulangan saya, saya terasa amat terharu…”

Walaupun ramai kawan Muslim enggan melangkah; kawan-kawan dan ahli keluarga menghormati hasratnya Beliau kata: “ada orang berpendapat perbuatan saya membela anjing adalah haram dalam Islam, saya tidak akan mendapat peliharaan malaikat, apabila mati saya tidak dapat masuk syurga. Berkaitan perkara ini saya telah pun meminta ajaran pengajar agama, beliau pun tidak dapat membuktikan al-Quran dan Sunnah ada menyebut tentang perkara ini.” “Saya tidak akan memaksa kawan-kawan menziarahi rumah saya, kerana saya menghormati pendirian mereka; sebaliknya kalau saya perlu mengurung anjing apabila mereka datang menziarahi, maaf, saya tidak akan berbuat demikian!”

Beli tanah untuk menunaikan hasrat membina “rumah haiwan”

Disebabkan pengajaran ibu bapanya dan minatnya sejak kecil, MKI amat sayang terhadap benda bernyawa di alam semulajadi. Oleh itu, pembinaan “rumah haiwan” selama ini merupakan matlamat yang dikejarnya penuh semangat. 6 tahun lalu dia berada di sesuatu tempat berdekatan kaki bukit Tanah Tinggi Genting di negeri Pahang dan membeli 2 ekar tanah, lalu menunaikan hasratnya yang bertahun-tahun lama. Di sini, binatang tersayang peliharaan MKI mempunyai ruang akitivi yang tidak terhad, jauh dari bisik-bisikan dan perbahasan, meneruskan kehidupan asli mereka dengan tenang.





OH HATI--> erkkkkkkkkk....erkkkkkkkkk.....gluppp...gluppp...








Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Thursday, September 3, 2009

RON...





tiba2 pulak Malaysia d landa RON....ron95 la...ron97 le.....sbg insan yg jujur..aku ngaku....seblm tu aku x tau pun apa itew RON (skrg pun sebenonya aku still x tau...wakkakak) ... yg aku tau RON97 skrg naik jd RM2/per litre n ....pastu skrg kita akan guna RON95 yg akan lebih murah dan klu x salah aku d kurangkan rega 5 sen dr sblm ni (betul ke ayat aku ni....aku x bijak)


masalahnya....aku pun x tau, sblm 1/9 ni..kita guna RON apa? (betoi ke RON92?) ....adeih.....ceteknya pengetahuan am aku.....aku rasa malu pd diri sndiri....


adakah ini bermaksud....kita ada pilihan, sama ada nk pilih utk isi minyak kita dgn RON97 atau RON95?....adakah gitew kwn2 yg bijak bistari??? adakah juga bermaksud ada sstgh keta hanya bleh d isi RON2 tertentu?




OH HATI--> yg pastinya poket aku RONgak....semua menda naik rega....face mask...gula....tiket.....
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja