Showing posts with label nostalgia. Show all posts
Showing posts with label nostalgia. Show all posts

Monday, August 10, 2009

itik gembo2





skrg bulan OGOS...bulan kemerdekaan gitew....bila masuk bulan kemerdekaan mcm ni....ingatan aku kuat betul pd 1 iklan kemerdekaan taun 1999 oleh Petronas...sungguh bererti...dan bila d tonton berulang2 kali...ia jd sungguh lawak..dan modal utk aku n anak2 ketawa berdekah2....ketawa penawar duka gitew.....


fakta iklan d atas adalah spt berikut:


1) Arahan allahyarhamah YA
2) shooting d tasik Mengkuang, BM
3) menggunakan lagu latar 'itik gembo2' oleh kumpulan A to Z
4) Incik hubby adalah salah seorang pelakon dlm iklan tu...wakakkakaka....





OH HATI---> dpt bayaran antara termahal u olls katanya...hehehe...klu korang bijak bistari, sila la teka yg mana satu dia...heheh...
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa




wpun berlaku percanggahan ttg tarikh sebenar sambutan Hari Bapa..tp pd aku..tarikh tu x penting..kenang la ibu dan bapa kita x kira tarikh, hari dan masa...


teringat aku ttg kejadian di atas...waktu AF5....setiap kali tgok clip ni..mesti aku menangis..dah mcm sinonim....ada yg kata, kenapa perlu menangis..kan bagus kalau sedekahkan bacaan al-quran, alfatihan dan sebagainya...pd aku...apa salah ke kita menangis bila kita sedih...bila kita rindu....air mata dicipta dgn fungsi tertentu kan....dan bila kita menangis..x bererti kita x sedekahkan ayat2 al-quran...jgn buat tafsiran sewenang2nya...





OH HATI--> selamat hari bapa utk semua yg bergelar bapa..moga anda menjadi bapa contoh...sayangi dan hargai lah ibu bapa kita selagi ada dan terdaya dan bila kita jd mcm aswad...tiada ibu dan bapa...semuanya sudah terlambat...
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Thursday, May 14, 2009

Ari Guru


OMG.....hari guru...aku hampir lupa...sampai bila aku blog walking n nampak ramai duk wish menda ni...baru ingatan aku pulih...dasatnya....ni mesti sbb byk mkn kepala ikan....abis jd pelupa sblm waktu...isk isk isk


yelah kan....sedo x sedo...ramai kwn2 blog aku ni menjawat jawatan pendidik ni...xyah le aku senaraikan ..sbb aku ni pelupa..kang miss out mana2 nama...takut ada ati yg terluka pulak...kih kih kih..jenuh le pulak aku nk rawat....aku mmg fail bab rawat ati ni...ati sendiri pun gagal nk ubat...abis camno nk jd nurse rawat ati org fulak


tp...bila ckp psl cikgu ni..tingat aku 3 taun lepas....bila time ari guru taun tu...aku duk flashback kenangan gan 2 org cikgu yg paling close gan aku...jenuh aku fikir cara..camne aku nk jejak kasih gan dwang ni...dwang berdua cikgu masa aku form 5..tiba2 aku tingat yellow pages...just taip nama...masukkan negeri..kuwar no tipon........aku x sure betoi ke idak..aku tawakal je...

"hello..."

"hello..nk ckp gan sape?" sore budak2...aku nebes....rileks intan..berani kerana benar..takut kerana salah..kononnya...

"erk.....ayah ada?" aku main belasah..mati le aku klu silap org...

"kejap..." pastu aku dengar dia panggil ayah dia....jantung aku rasa nk jatuh seketui ke bwh...betoi ke tindakan aku ni?

"hello...sape ni..." erk.....halamak.....naper sore cam lain fulak

"saya nk ckp dgn cikgu zaid...ni cikgu zaid shahlan ke?" main serkap jarang

"ye saya cikgu zaid..ni siapa ek?"

"erk....saya intan...dulu saya skolah kat SMSAJS...cikgu penah ngajar situ kan...taun 1993 sampai 1995..."
x salah mencuba kan..klu silap org pun..dia bkn nampak muka aku...huhuhu

"betul la tu...." mujur...

"saya rasa...cikgu mesti x ingat saya dh...xpe...x kisah..sy cuma nk ucap selamat ari guru..."

"sy ingat2 lupa kat awak ni...camne dpt no saya ni..."
sohih dia hairan bin ajaib...

"saya cari kat yellow pages cikgu...erk..cikgu contact lagik x dgn cikgu saidin...ada no dia x?"

"ada...ada....nanti sy bg no HP dia..."



aku lega lepas letak telefon tu...mlm tu....aku sms cikgu Saidin....n dia call aku balik...hampir 1 jam....dia ingat aku lebih dr ingatan cikgu zaid pd aku...hehe..sbb cikgu saidin sgt close gn aku n dia lah yg mendorong aku pilih USM lepas STP dulu...

sampai skrg....kalau ada kesempatan....kami berhubungan melalui telefon

"kalau awak jumpa sy skrg..sure awak x kenal..sy dah tua la intan..."
kata cikgu saidin..

"sohih cikgu...sy pun dh tua...cikgu apatah lagik...keh keh keh"
...sumpah aku buat lawak je sebenonya..harap dia x terasa ati...

maka, utk semua yg bergelar guru....wpun tidak menjawat secara profesional...SELAMAT HARI GURU okeh....


gambo kelas 4A tahun 1993...tu le cikgu zaid...gila aku meroyan minat kat dia dulu...hensem bangat (pd kaca mata aku dulu2 la...)....klu hebat...cari le mana aku..ngeh2






OH HATI--> baru2 ni..aku jumpa cikgu sejarah aku kat opis...dia sambung PHD dia...terus aku sapa n ucap terima kasih..sbb dia ngajo aku sampai aku dpt A masa STPM dulu...
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

14 Mei 1994

Haji Yusof Bin Saad dan Hajjah Zabedah Salleh..beberapa bulan selepas berkahwin lebih 50 tahun yg lalu...




awal bulan Mei 1994

aku: "kenapa abah nk buat operation mata dia kat hospital taiping mak....xkan kat Teluk Intan ni takde?" aku tanya mak lepas abah masuk hospital...kena tahan seminggu sblm operation

mak: "kenapa x tanya abah sendiri sblm ni?" soal mak saja nk duga hati aku

aku: "malas la..." berdolak dalik

mak: "abah ckp..taiping tu tgh2 antara Parit buntaq gan Tlk Intan..nanti senang la org Parit Buntaq gan Tlk Intan nk dtg melawat dia"...mak jwp dgn tenang...

aku: "oooo...."

--------------------------------------------------------------------------

9 Mei 1994 (isnin) - hari operation mata abah

pagi sekitar pukul 7am...sblm aku ke sekolah....hari pertama peperiksaan penggal..mak gan uda bersiap2 nk ke hospital taiping melihat abah....

aku: "mak....nanti jumpa abah kim salam org kat dia tau..." sambil senyum manja

mak: "insyaallah...lepas operation mesti x lama ok dah...bleh balik dh abah tu...bkn serius pun"

ptg...balik sekolah....rumah gelap..pintu tutup...nampak kak midah, kakak ipar aku sedang duduk...muka dia serius...mata dia merah...

kak midah: "intan...uda tipon...abah koma lepas operation...ada problem skit...skrg abah kat CCU"

aku: diam....senyap...duduk....senyap..sunyi..mata berair....


----------------------------------------------------------------------------

10 Mei 1994 (selasa)

tinggal aku dan kak midah d sini....semua adik beradik yg lain d hospital taiping....aku meronta2..kenapa aku masih d sini?...mak ckp....periksa...fokus..jgn fikir menda lain....tp mak tau x....pagi selasa tu...aku jwp soklan BI dgn mata berkaca....aku x nampak soalan....pandangan aku kabur......air mata aku x henti2.....mcm mana aku nk fokus mak?...aku x mampu....biar lah aku gagal peksa ni mak...aku rela...izikan la aku kesana...aku nk temankan abah...

------------------------------------------------------------------------------

11 Mei 1994 (rabu)

uda ckp...abah dh sedar ...sukanya hati aku....abah dh boleh bercakap...uda ckp lagi...ayat pertama yg keluar dr mulut abah...

"mana intan.." mungkin abah hairan...anak2 yg lain semua ada...aku menangis lagik.....air mata....henti la.....jangan la terus mengalir...aku bersyukur sangat....sambil pesan pd uda utk sampaikan salam aku pd abah...kata uda lagi, insyaallah..abah akan ditukarkan ke wad biasa...aku gembira

---------------------------------------------------------------------------------

12 mei 1994 (khamis)

uda tipon lagi...tgh mlm smlm...abah kembali kritikal...malah lebih teruk dr sblm dia sedar...uda pesan...nti, lepas balik peksa..tumpang makcik Esah..dwang nk melawat abah...

ptg....perjalanan dr Tlk Intan ke taiping terasa lama....sungguh membosankan....

bila kereta membelok ke Hospital Taiping..hati berdebar2....aku x pasti apa reaksi aku...aku nampak ahli keluarga yg lain d bawah pokok...mak sambut aku dgn pelukan....menangis.....mak peluk aku bersungguh2....aku x pasti apa ayat terbaik yg patut keluar dr mulut aku ketika tu..jd aku pilih utk diam...

masuk melawat abah...saat pertama melihat kelibat abah yg terbaring dgn wayar yg bersirat....air mata terus gugur tanpa d minta...kaki aku mengigil....ya allah...xkan itu abah aku...nurse tersenyum...

"ni mesti anak bongsu pakcik kan...masa dia sedar ari tu..dia ada sebut psl anak bongsu dia..nama intan kan?"
...sapa nurse yg bertugas...

"ckp la dgn dia...dia dengar.."

aku pegang tangan abah..letak kat pipi...berkali2 aku cium...x ckup tangan...aku cium pipi abah...sambil berbisik..

"abah..intan datang...bangun la bah...intan rindu nk sembang dgn abah..." tiada reaksi...

"abah...intan mintak maaf..maafkan intan utk semua kesilapan selama ni...abah maafkan intan tau...." masih tiada reaksi....dan aku tinggalkan abah setelah 45 minit

mlm...sampai rumah dan langsung tak study utk paper geografi esoknya

-----------------------------------------------------------------------------------

13 Mei 1994 (jumaat)

balik sekolah...siap2 brg..uda janji nak balik ambik aku dan kak midah....hati berlonjak..sampai sana mlm...aku janji utk jaga abah mlm tu....kasi peluang org lain utk rehat...aku dgn kak chik tunggu d kerusi luar...sampai pagi sabtu

-----------------------------------------------------------------------------------

14 Mei 1994 (sabtu)

bergilir ke surau utk subuh...semua yg ada berkumpul bwh pokok utk brekfes...mengisi perut yg kosong...sekitar pukul 7am....nampak kelibat seorang nurse..melambai2 tangan...mak menangis semula....

"ni masti apa2 jd kat abah ni...cepat la p tgok..."
semua berlari...mak x mampu jalan....tinggal aku dgn mak....aku pimpin tangan mak perlahan2...kaki mak lembik...x boleh pijak tanah...dr jauh aku nampak kak chik menangis sambil duduk...sambil tangan membuat isyarat...aku berhenti melangkah...mak pun sama..

"abah hang kenapa intan....abah hang dah takde ni..."
tangisan mak lebih kuat...aku masih diam....tiada reaksi...

"mak...abah dah tak dak mak..." kak cik nangis sambil peluk mak...aku masih diam...x mungkin....aku langsung x percaya...sblm turun..aku jengok abah....abah nampak biasa je...

"p la cium dia..tu pesan dia sblm ni..nak anak2 cium dia.."
mak arah perlahan...

ketika aku sampai....semua wayar d badan abah telah d buka...kami adik beradik cium abah sorang demi sorang....

------------------------------------------------------------------------------------

14 Mei 2009 (sabtu)

15 tahun berlalu...peristiwa ni masih terlalu jelas d fikiran aku...tiada satu pun yg terlepas pandang...aku ingat satu persatu....abah tinggalkan aku ketika aku berusia 17 tahun...Tuhan dh takdirkan...hanya 17 tahun aku merasai kasih sayang abah...


tp..menangis air mata darah sekali pun...abah dh tiada...tu takdir...kematian adalah ketetapan...qado dan qada....aku kena terima...pasrah


rindu aku pd abah tuhan saja yg tahu...dan aku juga rindu abah panggil aku ANAKBABAH mcm slalu...moga abah tenang d sana...berada d samping org2 yg beriman dan beramal soleh...amin





OH HATI--> ):
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Wednesday, May 6, 2009

nOstalgia

berdiri dr kiri: Kak Long, Kak Nyah (mata kuyus..ngeh2), Kak Teh n Kak Chik
berdiri d depan: OMG!!!!..siapakah budak yg comei itew!!!!





gambar ni sgt2 nostalgia bg aku...lebih 27 taun usianya....wpun sudah 27 taun...kenangan semasa bergambar itu, masih segar d ingatan....mcm layar depan mata....berlangsung ketika sambutan hari lahir YOP anak sedara sulong aku, yg ketika itu berusia dlm 3 taun rasanya (beza umur kami cuma 2 taun )


nampak x perbezaan umur yg ketara antara kami 5 beradik perempuan....beza aku dgn kak chik lebih dr 15 taun....maka, jgn ragu2 kerana aku membesar sbg anak yg sgt luar biasa manja ...dan pembawakan itew sungguh sukar d kikis sampai skrg...bkn lah dosa besar menjadi anak manja dlm korga kan...







OH HATI--> time tangkap gambo ni...aku ingat lagik..semua kakak2 aku bertolak2...xmo aku posing depan dwang...malu klu aku d tuduh anak dwang...ngeh2....last2 Kak Long yg offer aku diri depan dia...
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja