Thursday, July 31, 2008

kelakar....haha

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.

8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)

12.Betik dan butik adalah dua benda yang berbeza,cuma pakaian di butik dipakai oleh orang2 yang ada betik.

13. Apam adalah kuih tradisional melayu.kuihnya lembut dan enak dimakan..Tetapi kenapa bila kita sbut jer nama apam kita macam nak senyum je sambil kembang2 hidung.


OH HATI -----> sumber dari email kiriman kak CB.....buat aku tersenyum simpul je tau...


Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Wednesday, July 30, 2008

along belanjer pizza

kali kedua Along dpt elaun praktikal.....dia nk belanjer pizza hut....aku ok jerk......xde hal.....mmg aku nak ke sunshine.....ada menda aku nak beli....

Jom list manda yg telah aku beli :


1) pad aku
2) pempers adik
3) ubat gg colgate
4) ubat gg anak2
5) syampo anak2
6) teh chino 3 in 1
7) cereal 3 in 1
8) facial wash aku


Ni gambo2 d pizza hut....buat korang yg berada d kawasan penang...elakkan dtg menjamu selera d pizza hut cawangan sunshine...dah 2 kali aku terkena.....service slow mcm siput godang....bkn ramai kastemer pun....pantang tok nenek aku.....lain yg d mintak...lain yg dpt...bila ugut kata nk cansel oder...baru nk dtg terhegeh2 hantar menu......pstu...silap pulak.......iskkk......giler punya service tahap cipan punya x episyen....

Along gan Ilhan tgh bincang tentang menu...

ni menu yg dipilih.....aku ONN je....tambah2 klu org lanjer..ahaks



OH HATI ------> aku dh gemuk skrg ni.....kuciwa!


Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Monday, July 28, 2008

mee udang di SALWA cafe

balik kerja tadi...incik hubby ajak makan....tiba2 dia kona ke AYU mee udang.....dah agak....nk makan beso le tuh.....tp malangnya kedai tu tutup.....

d kawasan Teluk kumbar (erea umah aku le) ada lebih dari 10 kedai mee udang....AYU le, MAK LONG la...MAK NGAH la....PAYUNG la....SALWA la.....dan ntah mcm2 nama lagi...pilih je sebab antara satu kedai gan kedai yg lain..rasanya tak sama....

aku ajak incik hubby try di salwa mee udang.....dulu penah rasa...tp lebih 6 taun yg lepas.....aku sukakan lokasinya, kerana betul2 d tepi laut.....

jeti tepi resturan.....along tgh bwk abg gan adik jln2


ni aku punya...mee udang.....

setelah diselak mee nya...terserlah udangnya

ni set incik hubby gan along...nasik goreng udang



OH HATI -----> utk sepingan mee udang, 2 pingan nasik goreng udang dan 3 gelas teh o ais...totalnya adalah rm44...worth it?


Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

aku dan sireh

korang rasa pelik ke perempuan berusia 31 tahun amat taksub dan fanatik dgn sireh dan pinang?.....taksud dlm erti kata.....amat suka makan ( ke kunyah istilahnya.....) sireh dan pinang....bukan menggunakan gobek...tp menyunggah sendiri menggunakan gigi....

x sepelik mana kan?......tp...aku mmg amat...amat...dan amat sukakan sireh dan pinang dan telah dibiasakan dgn menda2 sebegini sejak kecil oleh bonda...fitrah sebegini bukan menjadi kesukaan aku semata2....aku ditemani oleh adik beradik aku yg amat fanatik dan menjadi ahli jemaah pemakan sireh bila berkumpul....kak long, abg, abg chik...termasuk uda.....kadang kala disampuk mesra oleh incik hubby....

aku bangga kerana menjadi pengemar sireh....dan kesukaan aku terhadapnya tiada kompromi....

mula2...racik pinang menggunakan kacip.....

kendian....letak atas daun sireh yg terpulang kpd kita saiznya...kalau beso, banyak skit pinangnya..sambil tu taruh kapur...jangan banyak sangat, nanti pedas

lipat2 sireh tu menjadi kecik

dah ready untuk dikunyah...kunyah sampai lumat.....


utk pengetahuan semua model diatas (tangan) adalah bonda....heheheh......





OH HATI -----> keindahan sewaktu memakan sireh ialah sewaktu kita rasa mabuk dan pening...ahaks



Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

kenduri buah2an

ahad lepas bertempat di rumah abg d Taiping......aku sefamily, kakak, uda sekeluarga, kak long dan abg long, kak nyah, abg keri dan along, x ketinggalan bonda....berkumpul utk upacara kenduri buah2an.....saja le kan...hakikatnya, aku bukan lah fanatik buah2an (aku suka mata kucing...rambutan...dan kadang kala tersuka pada manggis), sementelaah..buah2an yg dikorbankan pada hari tu cuma doyan (yg tidak penah aku mkn) serta manggis.....yg menyeronokan dan membuatkan aku tergedik2 utk kesana adalah kerana kesempatan utk berkumpul sekeluarga....


mak aihhhh....banyaknya...mabuk doyan aku

buah manggis....kasi cool down balik lepas mkn doyan...

kucing tido?....huhu

mak sapa ni?....hehehe.......sedap sungguh

laki sapa ni?.....aksi melampau incik hubby

pulut doyan......sedap ke?...iskkk



OH HATI --------> cintai buah2an tempatan



Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

XTVT hari sabtu

sabtu lepas aku berpuasa....tp, seperti biasa...waktu cuti sebegini....pelbagai perkara perlu dilangsaikan.....dan xtvt yg menjadi adat d hari sabtu adalah spt ini....

mop lantai dah jadi rutin hari minggu...lantai aku ni cepat betul comot...rimas mata memadang


kenapa?....x percaya?...ni sampah sarap yg berjaya d sapu.....ni kira hari2 aku menyapu sampah...bukan stok seminggu ye...




OH HATI ----> xde istilah CUTI.....

Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Saturday, July 26, 2008

ole2 dr pakistan

hani dah slamat sampai ke tanah air setelah melalui trip ke pakistan bersama TDnya yg baru dh TD kak mery.....(citer menarik hani d pakistan boleh dibaca bersama d blognya dgn meng'click nama HANI)

dlm kesibukan, hani sempat membeli ole2 utk kwn2 (termasuk aku dan anak2 aku)....jom usha serba skit apa yg aku dpt hasil kunjungan hani ke pakistan

aku x pasti apa nama sainstifiknya.....luarnya mcm belon...dlmnya ada plaster sin aku rasa....ikut kata hani...budak2 kaki jln yg jual d pakistan

boleh d regang2kan......kuning utk adik, ijau utk abang

ni utk aku






OH HATI ------> anak2 semua...ucapkan terima kasih daun keladi pd antie hani....




Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

TIPS CINTA SUAMI ISTERI

1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

aku : biasanya aku salam dan cium tangan incik hubby waktu dia hantar aku ke tempat keje....kalau aku dr rumah....dan dia masih tido......aku x salam...tp aku bgtau yg aku dh nk g keje.....


2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

aku: laki aku xde keje luar daerah ni....tapi, bila dia keje mlm....2 3 ari gak aku x jumpa....pelukan dan ciuman d bibir?.....errrkkkkkkk.........nanti akan aku usahakan dong!

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

aku: yg ni...biasanya incik hubby slalu kol...dan aku kol utk suh dia buat something ke....pasal anak2 ke......tp, mmg biasanya ari2 kalau x kol, kami bersms masa d tempat keje....


4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

aku: allllllllllaaaaaaaaaaaaaaaa....x cakap la....nti aku buat yekkk...

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

aku: susah skit hat ni...sbb kalau time incik hubby keje...dia susah nk kuwar...keje production le katakan...tp, klu ada kesempatan dia hantar aku g kje...aku spend time utk bekfest bersama2

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

aku: kalau ada perkara luar biasa...kami saling meng'update antara satu sama lain....kalau hal biasa2 je......idak pulak....nak kena jugak ke?

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

aku: incik hubby kalau dh gantuk sangat....bom gugur pun dia x endah dah..mcm mana nk bual isu2 semasa ni?

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

aku: aku ni walaupun suka merajuk...tp lembut ati org nya.....wpun aku merajuk..last2 aku jugak g memujuk....cehhh!

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

aku: aku teman dia sambil aku bertenet...kira teman gak kan?

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

aku: incik hubby slalu tertido kat depan tv bila dia sepatutnya menonton bola...dan akhirnya tv yg menonton dia....

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

aku: mmg x pernah aku berjemaah gan dia selama ni...akan diusahakan bila anak2 semakin membesar

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

aku: yg ni mmg xde hal...selamber je kami makan bekas masing2.....dr dulu pun...ahaks

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

aku: ada gak incik hubby buat...dan aku pun buat2 le terkejut ya amaaattt...hahha....dan aku pun ada juga beli pd dia something bila time aku shoping utk diri sendiri

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

aku: incik hubby kebetulan seorang yg kelakar....bersenda gurau adalah rutin semulajadi kami

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

aku: mmmmmmmmm.......aku rasa dia kenang kot pengorbanan aku.....dan aku sentiasa ingat kebaikan dia pd aku selama ni....insyaallah

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

aku: nk tukar mcm mana ye?....xkan tiba2 aku nk pakai baju kurung kat rumah kot?..wkakakakaka......

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

aku: insyaallah.....perkara ni...ada kami amalkan selama ini

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

aku: aku ada tekad tu....aku rasa incik hubby pun sama walaupun tidak meluahkannya secara terbuka

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

aku: ye ye.....aku cuba...aku cuba...





OH HATI --------> x salah mencuba utk rumahtangga sendiri kan?



Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

bukan aku x sayang...

kalau ada yg bertanya...kenapa hingga ke detik ni, aku tidak pernah bercerita secara langsung tentang insan2 tersayang......jawapannya yg aku kira cukup bernas dr aku ialah.....


"untuk menulis tentang seseorang yg special....aku memerlukan detik terindah...yg membolehkan aku mengeksperi perasaan dan nukilan yg terbaik utk mereka yg terhebat"




OH HATI ------> detik itu akan tiba jua nanti
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Friday, July 25, 2008

XTVT hari jumaat

biasanya lunch time hari jumaat 'geng berhaluan kiri' a.k.a ahli2 jemaah aku ni terisi dengan pelbagai perkara yg sama ada ilmiah, membina sahsiah (cehhhh!), membina kendiri ( cehh kuasa dua...).....dan aktiviti santai yg boleh membuatkan otak kami yg sendat dan padat dgn isu tersendiri d jabatan masing2 jadi lebih release dan tidak tegang lagi...supaya weekend akan jadi lebih indah...

last friday kami ke 'happy feet'...minggu ni mengikut perancangan awal...kami sepatutnya membuat rawatan refleksiology di QB....ni adalah hasil skodeng kami 2 minggu lepas sewaktu merewang2 'menseber' laptop baru aida yg menerima musibah....

setalah hampir merajuk dgn aida yg sibuk nk menyiapkan presentationnya esok....juga dgn kak mery yg nk balik ke opis menyettlekan kes RLKA nya.....rancangan kami berjaya semula...yahoooooooooooooooo....x sia2 aku menjeling ala2 merajuk gedik kak mery tadi...wkakakak....

namun...impian kami tidak kesampaian....amoy tu suh kami dtg after opis hours (cehhh.....ko x tau ke time ni je ahli jemaah boleh berkumpul?..soke2 ati nk kasi cadangan x bernas....) sbb dia x ckup kaki dan tangan (bukan kakitangan)

masing2 rasa stress.....pantang betoi kalau menda yg dh kita rancangan tidak menjadi nyata....dan akhirnya......kami menjamu selera d "little d' india" je......ni kunjungan aku yg pertama dan aku amat2 blurr waktu melihat menu.......haniiiiiiiiiii.......tolong oderkan utk aku yg tiba2 menjadi buta hurup!!!!...wakkakakkaka....dan hasilnya...taraaaaaaaaaaaa

ni air ice lemon tea aku

ni set hani.....nampak je bekas kecik.....makan 4 org x abis looo

aku suspen je tgok set roti NAN ni...xkan semua aku punya?..rupanya aku, aida gan kak mery punya...air putih tu milik aida

ni sebeno2nya set aku....aku lupa tajuk dia...hahaha




OH HATI ------> bau kari melekat kat tangan aku sampai skrg...huhuhuhu

Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Bengkel Penilaian CPD 2008

Bengkel lagi........bila ckp BENGKEL...aku teringat ayat kak jelitayu....." ko g bengkel repair moto ke?....asyik kena g bengkel je"?.......wkakakkaka.....terpana aku gan soalan kak ita....dan akhirnya aku anggap soalan itu cuma x lebih dr provokasi dan soalan kelakar spontan kak ita semata2...

Pengisian bengkel hari ni...agak berbeza...kerana kami yg 'terpilih' adalah bakal penel yang akan bertindak sebagai penemuduga kepada staf kumpulan bergred 1-40 yg telah mendapat aras 3 dan perlu dinilai utk mendapat aras 4....

kesimpulannya, kami perlu menyaring staf berkenaan......kejayaan dan kegagalan mereka terletak d tangan kami.....bunyi mcm best kan?....tp itu 1 tanggungjawap yg berat.....

kat bwh ni.....video candid yg sempat aku rakam sewaktu IRWAN sedang membuat presentation.....pstttttttttt...irwan, kalau ko terskodeng d blog aku nti....ko jgn mintak royalti dr aku ye.....


video
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Thursday, July 24, 2008

mana mood aku menghilang?






aku xde mood nk menulis....mood aku dh hilang....ntah kemana...
siapa2 yg jumpa mood aku...sila kembalikan.....huhuhu.....






oh hati -------> saat ketibaan puan P semakin hampir...

Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Tuesday, July 22, 2008

SAHABAT

Apabila kita ingin berteman, Janganlah kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita mungkin akan menjauhinya....

Andai kita ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya , Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita akan membencinya....

Andai kita inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya , Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita inginkan seorang teman, Janganlah kerana sifat cerianya , Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin bersahabat, , Terimalah dia seadanya , Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kita juga tidak sempurna ….


lagu SAHABAT nyayian Aizat utk korang yg benar2 menjadi sahabat dikala suka dan duka...









OH HATI ----> moga mereka terus menjadi sahabat...
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Monday, July 21, 2008

Berbuka puasa D Teluk Tempoyak

Hari ni aku berpuasa utk hari ke 5.....3 days 2 go...chaiyok INTAN.....malaysia boleh...intan pun sure boleh.....tp, boleh x boleh......esok, lusa, tulat dan tungging...mmg aku x posa dh kot...minggu ni aktiviti d opis padat...gan board......board d induk.......kursus dan bengkel....

spt biasa...bila berpuasa, napsu makan aku mcm kuda...wkakkaka....dasat betul...atas faktor itu, aku ajak seisi rumah utk makan d Teluk Tempoyak....kalau mkn d Teluk Tempoyak....mmg x sah le klu x mkn seafood.....jom skodeng gambo2 menarik sepanjang proses itu...

pemandangan sewaktu turun ke bawah

sesi pilih memilih

macam2 ikan ada...duit je x berapa ada...wakkaka

pilih selagi stok masih ada

adik dgn muka comeinya

sempat skodeng pemandangan waktu tgu hidangan sampai

abang menanti dgn sabar kehadiran makanan dgn wajah pelik

siput sedut...slurppp....slurppp

Ikan bakar

tiba2 tingin teh dangdut....sedap siot...





OH HATI -----> lepas makan.....layan mata mmg best ah


Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Sunday, July 20, 2008

Bila INTAN rajin memasak



Hujung minggu yg indah dtg lagi......aku selalu bertanya...kenapa Sabtu dan Ahad terlalu cepat berlalu......sudah agak lama kehadiran hujung minggu utk makluk tuhan bernama INTAN ni berlalu tanpa ada sesi masak memasak di dapur....malasnya....lagi pun setakat ini, tiada permintaan khusus oleh Incik Hubby....


Sabtu....aku dh berkobar2 tahap tenuk untuk memasak laksa...entah apa yg merasuk aku...x pernah sekali pun sejak 6 tahun bergelar isteri kpd Incik hubby, aku masak laksa....mungkin sbb proses pemasakannya yg renyah (ayat stendet org pemalas), sementelaah......aku je yg hantu laksa di kalangan isi rumah 20-3-6 ni...rasa x berbaloi pulak...


malang x berbau (ceh...mcm x kena je ayat ni utk situasi aku ni)....pasar pagi dan kedai chin teck....xde ikan sardin.....ntah kenapa...(padahal aku g cari ikan pukul 10...sah2 ikan dh abis...).....akhirnya..utk merealisasikan karajinan aku yg tak terperi ni...aku msk bubur jagung...jadik la..janji dapur aku berasap juga...

wahhhhhhhhhhhh.....ceroi nya kuah......wakkakakak

dan hari ni...bersamaan dgn hari ahad...20/7/2008....buat julung2 kalinya...aku...INTAN HASLINDA YUSOF....setalah hampir 6 tahun berkahwin....berjaya menghasilkan laksa buatan tangan sendiri setelah salama ini hanya bertindak sbg co-pilot utk aktiviti memasak laksa...


rebus laksa dan telur sekali gus utk menjimatkan masa dan gas


kuah laksa yg siap di masak


sayur2an.....jgn panik bila tgok kacang panjang....ni special request dr Incik hubby


siap sedia d potong


lihatlah ketamakan aku.....penuh semangkuk...siap sedia utk dirasmikan


pada ketika ini...aku sudah kemengahan


Resepi Laksa versi AKU (khusus utk NURUL yg request tru YM tadik)

1) 1 pek laksa

utk kuah
1) Aku guna 1 kg ikan sardin (kuantitinya agak banyak utk 1 pek laksa....tp saja aku guna 1kg utk pastikan kepekatannya
2) 2 batang ( betul ke penjodol bilangan aku ni..) Bunga kantan
3) asam keping (aku guna berkeping2 jugak la....)
4) cabai kering (agak2 le ikut tahap kepedasan yg disukai....)
5) bawang (td aku guna bawang besar je)
6) belacan secukup rasa
7) daun kesum
8) garam secukup rasa


utk ulam/hiasan
1) timun
2) bawang besar
3) daun selom
4) salad
5) limau
6) telur
7) cabai

tp no 4,5 gan 7 tu aku tak bubuh tadik....

cara
rebus ikan (aku rebus gan asam keping)
bila dh masak....perisi isinya....blend isi ikan (tambah air rebusan ikan tu)
pstu tulang2 ikan tu di blend juga......dan ditapis dlm periuk

cabai kering yg direndam sblm ni...di blend bersama belacan dan bawang...
pstu...bubuh dlm periuk tadik tu....

tambah air secukup rasa...agak2.....bubuh daun kesum....bunga kantan....asam keping dan garam secukupnya (sambil2 tgu kuah masak....rasa2 le slalu utk pastikan kesedapanya)

Laksa yg direndam sebelum ni.....d rebus....(leh rebus sekali gan telur...save tenaga dan gas)....
agak2 dh bleh d putuskan laksa tu....tos kan...

pstu..ready utk di makan...ahaks.....

SELAMAT MENCUBA NURUL



OH HATI -----> aku rasa.....laksa aku ni setaraf dgn Laksa Pokok Gajus.....(cehhhh!!!)



Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Friday, July 18, 2008

indahnya detik itu

Latar zaman : Zaman sekarang
Latar watak : Puan AZ dan AKU
Latar waktu : kira2 pukul 4++ petang
Latar suasana : Luar bilik Puan AZ



Puan AZ : " I cerita pasal U masa sembang dgn Puan JB tru Phone"

aku pandang muka Puan AZ...dalam hati terdetik....mengumpat aku le tuh....

AKU : " Puan cakap apa psl saya?" teruja ingin mengetahui....aku kira itu semulajadi....

Puan AZ : " I ckp kat dia.....U a very good.....U dah mula catch up......bagus...."

tiba2 muka aku rasa panas...apa reaksi yg sepatutnya aku pamerkan?...bertanya dan menyungkil cerita lebih lanjut...? berterima kasih pada puan AZ kerani baik hati dan jujur....atau buat2 seperti tiada apa yg berlaku?




Indeks

Puan AZ - immediate bos aku skrg
Puan JB - mantan big bos aku d HR


OH HATI ------> itu saat terindah aku utk hari ni....tiada dendam yg aku simpan utk 'org2 d sana'...tapi aku mahu mereka buka mata......sesungguhnya...aku juga penting dan bernilai buat individu yg pandai memilih antara INTAN dan KACA
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Menu Hari ini

Pagi tadi, Puan AZ belanjer 1 opis......gara2 dia ambil masa yg panjang waktu morning briefing.....masing2 dpt sebungkus nasi kandar berlauk daging dan telur.....walaupun aku bukan pengemar nasik kandar...sebungkus nasi tu selamat aku suap ke mulut mungil aku..wakkakakak......

Lunch tadi.....lepas kami 3 beradik selesai bergeli2an dgn Doc Fish.....kami melangkah gagah ke Old Tow yg hanya beberapa tapak dr Heppy Feet....


Ni set aku....makan simple je sbb masih kenyang



ni aida punya....aku lupa judul makanan dia...



menu tambahan kak mery


Balik keje...aku singgah Bayan Lepas....teringin pulak nak makan cendawan goreng.....


Sbb aku tamak...aku pilih bungkus besar..RM5


Bro ni x sedar langsung aku candid dia


banyak ni je....ciput beno





OH HATI -----> mlm ni aku diet....ahaks
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Doc Fish in video

video





OH HATI -----> yg jerit kuat2 tu.......lontaran suara aku le...hahaha
Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja

Doc Fish

Korang penah dengar tentang DOCTOR FISH tak? x penah?....kalau x penah, meh aku cerita personal experience aku bila 1st time deting dgn Doc Fish ni tadi siang....

Doc Fish atau nama saintifiknya "Garra Rufa" adalah ikan cute yg mmg mempunyai fungsi khusus dlm kerja2 Body massage atau pun foot treatment. ikan cute ini boleh secara peribadinya memakan sel2 mati yg terdapat pd kulit (khususnya kaki) hobinya yg sebegitu rupa menyebabkan individu yg melakukan rawatan ini mendapat hasil yg luar biasa (spt aku, kak mery dan aida siang tadi) iaitu spt boleh improve kan blood circulation dan juga improve kita punya skin health

wahhh...agak teknikal penerangan aku....secara kesimpulannya, aku, kak mery gan aida menuju ke "happy Feet" di Burma Road waktu lunch tadi utk sesi deting kami bersama Doc Fish.....aku sunguh2 teruja sejak 2 minggu lepas bila pertama kali idea ini wujud.

Pada korang yg ingin mencuba, aku betul2 bg sokongan moral pd korang.....awalnya, mmg proses ini ckup "mengelikan".....rasa mcm aliran elektrik dan gigitan2 manja ikan cute itu betul2 mengeletek kaki aku....hahah....tp, setelah menggunakan psikologi, aku akhirnya berjaya mengatasi masalah kegelian dgn tidak memandang ikan2 cute yg berpusu2 memakan sel2 mati kaki aku....hahah....jom layan gambar!!!


wajah ceria 3 beradik sewaktu menuju ke happy Feet



Amoy kat kaunter waktu register



ikan cute tgh tgu nk makan sel mati kami...



masa ni ikan cute malu2 lagi nk santap sel mati aku



ikan cute makin gedik memakan sel mati aku yg berkepuk2....kah2



lihat kaki kami....gebu kannn?





OH HATI -------> geli OOO....masih aku terasa!!




Aku Tak Suka Menipu..Semua Aku Tulis Kisah Benar Saja